Friday, 22 February 2013

MACAMNE NAK BUAT DURIAN CREPE


Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe
  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
Cara-Cara Buat Durian Crepe
Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.
Kacau campuran tadi sehingga sebati
 
Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.
 
Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.
 
Masukkan air. Kacau campuran.
Masukkan Butter cair. Kacau campuran.
 
Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.
Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.
 
Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim
Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

No comments: